Wednesday, 25 February 2015

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KG. SOEHARTO

Sejarah sekolah ini telah bermula dalam tahun 1965 apabila sebuah sekolah bercirikan rumah melayu tradisional didirikan di Felda Gedangsa oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Bangunan sederet satu blok itu dinamakan Darjah Menengah Gedangsa dan pengetua pertama ialah En. Kasim Khan b. South Khan. Beliau mentadbir sekolah ini dari bulan Januari 1965 hingga Disember 1971. Dalam era beliau juga, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Sungai Dusun sebaik sahaja berpindah ke Felda Sungai Dusun.

Pada 18 Mac 1970, Presiden Soeharto dari Indonesia telah melakukan lawatan ke Felda Sungai Dusun untuk melihat keberkesanan Program Pembangunan Luar Bandar di bawah pengurusan felda (LKTP) yang diilhamkan oleh kerajaan Malaysia. Sempena dengan kunjungan beliau, nama Sungai Dusun telah ditukar kepada Felda Soeharto dan turut membawa penukaran nama sekolah seperti mana pada hari ini. dari semasa ke semasa, banguna sekolah telah ditambah dan mengaami perubahan selaras dengan perkembangan zaman juga menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari Felda Sungai Tengi, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. Pada tahun 1971, SMKKS sekali lagi telah dilawati oleh orang kenamaan iaitu DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor yang ke-lapan.

Pada bulan Januari 1972, SMKKS mula ditadbir oleh pengetua yang kedua iaitu En.Mohd Alim b. Ibrahim yang berkhidmat disekolah ini sehingga Disember1979. Beliau digantikan oleh En.Mohd Hanif b. Taif, iaitu pengetua yang ketiga berkhidmat dari Januari 1982 hingga April 1982. SMKKS terus berkembang maju dan dipermodenkan atas inisiatif kerajaan yang memberi status sekolah bantuan penuh kerajaan. serentak dengan itu juga, tiga blok baru iaitu B,C dan D telah didirikan.Walaubagaimanapun, mulai tahun 1982 juga para pelajar dari Felda Gedangsa tidak lagi bersekolah di SMKKS kerana mereka mempunyai sekolah sendiri di Felda Gedangsa.

Kecemerlangan sekolah ini telah diteruskan oleh pengetua selepas itu iaitu En. Bajury b. Markum iaitu pengetua yang keempat (April 1982 hingga April 1985), pengetua yang kelima pula ialah En. Suhaimi b. Razikin (April 1985 hingga April 1987), pengetua yang keenam iaitu En. Sukor b. Ali (November 1987 hingga April 1993), pengetua yang ketujuh iaitu En.Mohd Dali b. Mat (April 1994 hingga Disember 1995), pengetua yang kelapan iaitu YM Raja Mohammad b. Raja Abdullah (20 Disember 1995 hingga 31 Disember 2000), pengetua yang kesembilan iaitu Tuan Hj. Shafie b. Syed Mansor (1 Januari 2001 hingga 16 Ogos 2001), pengetua yang kesepuluh iaitu  En. Ikhsan b. Othman (21 September 2001 hingga 30 Mac 2002), pengetua yang ke 11 iaitu Tuan Hj. Wan Tahir b. Wan Ibrahim (16 April 2003 hingga April 2007), pengetua yang ke 12 iaitu Tuan Hj. Mohammed Saballah b. Taib (16 Mei 2007 hingga 15 Februari 2009), seterusnya  ialah En. Adam Sukarno b. Hj Mansordari dari 16 Febuari 2009 sehingga ke hari ini...

Sumber : http://smkkampongsoeharto.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html

Monday, 23 February 2015

AHLI JAWATANKUASA SEMENSO 85/89 SESI 2015/2016

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa setelah dipilih pada 21hb Febuari 2015:-

-PENAUNG GRUP SEMENSO 85/89
En. Asri b. Tun Musa

-PENGERUSI 
En. Yusni b. Melan

-NAIB PENGERUSI
En. Rizal b. Salleh

-SETIAUSAHA
Pn. Nasrifah bt. Sukarni

-PEMBANTU SETIAUSAHA
Cik Suhana bt. Sukimin

-BENDAHARI
Pn. Zamzila bt. Hassan

AJK KECIL
Pn. Zarina bt. Moin  Pn. Noraini bt. Itam  Pn. Saridah bt. Ismail  En. Mazlan b. Marjan
En. Rohaizat b. Muhammad  Pn. Wan Zurotoaini bt. Wan Salleh


Sunday, 22 February 2015

Amal Rosak Kerana Riak

ALLAH berfirman, “Sesiapa yang ingin bertemu Allah, hendaklah dia beramal soleh. Dan dalam amal solehnya itu janganlah dia mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun." (Surah al-Kahfi 18 :110)
Beribadat dan beramal soleh merupakan tuntutan daripada Allah kepada hamba-hambanya, kerana tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini adalah kerana ingin beribadat kepada Allah. Tetapi syarat supaya sesuatu amalan itu diterima ialah tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
Amal ibadat akan berubah menjadi cacat sekiranya dicemari dengan dua jenis virus iaitu sifat riak dan sum‘ah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi: “Aku paling tidak memerlukan sesuatu. Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang dicampuri dengan perbuatan syirik kepada-Ku, maka Aku tiada kaitan dengannya dan membiarkannya dengan orang yang dia sekutukan." (Riwayat Muslim)
Jenis riak
Apakah itu riak? Istilah riak berasal daripada kata akar “lihat". Orang yang riak ingin “memperlihatkan" ibadatnya kepada orang untuk mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan. Dalam erti kata lain, riak ialah sifat “menduakan" Allah dalam melakukan kebaikan.
Imam al-Ghazali berkata: " Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."
Imam Habib Abdullah al-Haddad pula berkata: “Riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat."
Menurut pandangan ulama, berikut merupakan dua jenis riak:
1- Riak Akbar (Riak Besar) : Seseorang yang melakukan ibadat semata-mata untuk mendapat sanjungan manusia dan bukanlah untuk mendapat keredaan Allah. Riak jenis ini adalah berpaling secara keseluruhan daripada Allah. Riak beginilah yang paling buruk, jika tidak kerana manusia, maka dia tidak akan beramal.
2- Riak Asgar (Riak Kecil) : Tujuan dia melakukan ibadat bercampur-campur antara tujuan mendapat keredaan Allah dan juga penghargaan manusia. Riak jenis ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana masih mengharap keredaan Allah tetapi pada masa yang sama mengharap juga penghargaan dari manusia.
Risiko penyakit riak
Ramai yang tidak menyedari bahawa riak hakikatnya cuba menipu Allah. Percubaan menipu Allah tidak akan berjaya bahkan mengundang bahaya yang paling besar. Malahan al-Quran dan hadis banyak sekali memuatkan ancaman riak. Riak bukan sekadar dosa kecil, bahkan termasuk dalam dosa-dosa besar. Berikut antara bahaya riak yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis:
n Riyak lebih bahaya dari fitnah dajal. Rasulullah bersabda: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih aku takutkan terhadap kalian daripada kedatangan dajal?" “Bahkan, kami mahu!", jawab para sahabat. Maka Rasulullah bersabda, “Syirik khafi; iaitu seseorang solat, lalu menghiasi solat, kerana seseorang yang memperhatikan solatnya." (Riwayat Ibnu Majah)
n Amal tidak akan berkesan. Allah berfirman: “Maka celakalah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya, orang yang berbuat riak dan mencegah iaitu menolong dengan barang yang berguna." (Surah al-Ma‘un 107: 4-7)
n Riyak akan menghapus dan membatalkan amalan. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan menyebut-nyebut dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah, Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang kafir." (Surah al-Baqarah : 264)
Penawar Riak
Jadi bagaimana mahu mengatasi rasa riak ini? Adakah orang yang riak ini akan berterusan tenggelam dan syok sendiri dengan amalannya yang tidak membuahkan hasil? Sudah tentu sekali tidak. Maka riak dapat ditangani sekiranya mereka beringat bahawa apa yang dicari pada manusia akan punah, dan yang kekal hanyalah Allah. Firman Allah: “Apa yang ada di sisi Allah jua yang kekal." (Surah an-Nahl :96)
Yakinilah bahawa riak hanya akan membawa kepada kehinaan, dan amalan orang yang riak ini langsung tidak akan mendapat ganjaran di akhirat. Tanya diri kita, mahukah kita berpenat lelah mengerjakan segala amal kebajikan di atas dunia ini, lantas di akhirat kita hanya menjadi seorang yang papa kedana? Fikirkan juga betapa riak akan menghapuskan pahala dan menambah dosa. Pada hari kiamat kelak Allah akan berfirman: " Pergilah kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan untuknya. Tengoklah adakah pahala pada mereka? " (Riwayat Ahmad)
Apabila terdetik sahaja rasa riak, segeralah ingat kepada Allah dan berlindung daripada godaan syaitan. Hadapkan hati dan wajah kepada Allah dengan mengenangkan segala sifat keampunan dan kasih sayang dari-Nya, dan bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia sekiranya kita beribadat hanya mengharap pujian manusia....

Kredit to Utara Online: Icuk 


HARI PERSIAPAN MINGGU LEPAK SANTAI

1. Wak Lan termenung memmikirkan perihal anak buah..sapkok lu....
2. Wak Lan dan mama sau, adil tak? mcm tak je kan...


3. Korang nk tau sape tulis cawan korang ni la artworks dua org artis kita agagagaga..