Tuesday, 3 March 2015

12 SIFAT SAHABAT SEJATI

Lumrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi. Kalau bukan dengan kekasih halal pun, paling tidak dengan sahabat sendiri. Oooopss ! Berkasih sayang antara sahabat sejantina bukan bermakna korang ni gay atau lesbian. Malah, kalau kita berkasih sayang antara sahabat kerana Allah, kita dapat naungan Allah di padang mahsyar lagi. MasyaAllah. Best kan?

Jadi, untuk mendapatkan seorang sahabat sejati yang diredhai Allah, kita sendiri perlulah perbaiki diri kita agar dapat menjadi seorang sahabat sejati bagi insan lain. 

Menurut Imam Al-Ghazali, sahabat sejati mempunyai 12 sifat. Apa dia? Jom buat checklist. 

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.


5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.


6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.


11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Semoga dengan guideline yang telah diberi ni, kita akan dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat yang mempunyai sifat-sifat tersebut. InsyaAllah.♥


"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
-Riwayat al-Bukhari


Sepatah kata Iman Hayfa :

Cuba check balik, ada tak ciri-ciri ni kat sahabat kita masing-masing? Kalau belum ada, bukan bermakna dia tidak bagus, cuma mungkin kita belum nampak atau temui sifat tersebut dalam dirinya. Oh ya. Jangan lupa untuk doakan kesejahteraan sahabat-sahabat korang sentiasa OK..SELAMAT MALAM SAHABAT SEMENSO 8589.

Sunday, 1 March 2015

HARI LEPAK SANTAI SEMENSO 8589

Tanggal 21hb febuari 2015 adalah satu tarikh yang amat bermakna bagi semua rakan2 sekolah menengah Kg Soeharto. AJK sementara berusaha sedaya upaya menjayakan pertemuan lepak santai ini maupun berbagai rintangan dihadapi cuma nawaitu yang menguatkan mereka unutk terus berusaha sehingga pertemuan yang bermkna ini menjadi kenyataan. Ianya bukan satu tugas yang mudah sebenarnya, saya katakan sebegitu kerana al maklumlah masing2 sudah mempunyai komitmen masing2 namun demi kawan2 tercinta AJK meluangkan masa yang ada untuk majlis kenangan ini bagi saya walaupun tak begitu mendapat sambutan rakan2 yang sepatutnya hadir namun sekalung "TABIK" dari saya kerana sebenarnya objektif untuk mengumpulkan rakan2 lama ini sebenarnya telah bermula.

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan dan simpanan kawan2 sahabat semenso semoga ianya dapat di jadikan kenangan dan disimpan di dalam memori kita semua,

Harap kawan2 dapat bersabar kerana saya akan upload gambar2 tersebut sedikit demi sedikit kerana kerja2 editing dan uploading yg agak sedikit lambat hehe..peace yo!

LOVE YOU ALLS!

UNTUKMU TEMAN2 TERSAYANG......


1. Tuan Pengerusi Semenso 8589 saudara Yusni Melan bersama tetamu VIP kita Cikgu Taib, terimakasih daun keladi cikgu kerana sudi hadir walau jauh katanya ateeee..dari Perak.


2. Puan Nasrifah bt Sukarni setiausaha Semenso 8589 mengacarakan majlis...terbaik ko..!!


3. Tetamu kehormat bersama Tuan Penaung semenso 8589 Saudara Asri b. Tun Musa, moga ada majlis lagi nanti ea ATM...


4. Wajah-wajah kesayangan hamba...torrbaikkk uols.


5. Aku datang dari pagi, carik tiang untuk bunga manggar, tapi icuk tak bangun2 lagi Ayah dia cakap kat aku, ko caya tak? hahaha jangan marah Wak Lan apa pun tabik Wak Lan atas usaha beliau untuk menjayakan pertemuan ini... Tenkiu Wak


6. "Diorang ni memang hidang tembikai je ke ea..hummm" Tuan Penaung Semenso 8589 saudara Asri Tun Musa...time kasih daun keladi....


ACTION!!!!!!







Editing file in progress..Insha Allah da siap edit baru upload gamba2 yg lain..










Wednesday, 25 February 2015

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KG. SOEHARTO

Sejarah sekolah ini telah bermula dalam tahun 1965 apabila sebuah sekolah bercirikan rumah melayu tradisional didirikan di Felda Gedangsa oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Bangunan sederet satu blok itu dinamakan Darjah Menengah Gedangsa dan pengetua pertama ialah En. Kasim Khan b. South Khan. Beliau mentadbir sekolah ini dari bulan Januari 1965 hingga Disember 1971. Dalam era beliau juga, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Sungai Dusun sebaik sahaja berpindah ke Felda Sungai Dusun.

Pada 18 Mac 1970, Presiden Soeharto dari Indonesia telah melakukan lawatan ke Felda Sungai Dusun untuk melihat keberkesanan Program Pembangunan Luar Bandar di bawah pengurusan felda (LKTP) yang diilhamkan oleh kerajaan Malaysia. Sempena dengan kunjungan beliau, nama Sungai Dusun telah ditukar kepada Felda Soeharto dan turut membawa penukaran nama sekolah seperti mana pada hari ini. dari semasa ke semasa, banguna sekolah telah ditambah dan mengaami perubahan selaras dengan perkembangan zaman juga menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari Felda Sungai Tengi, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. Pada tahun 1971, SMKKS sekali lagi telah dilawati oleh orang kenamaan iaitu DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor yang ke-lapan.

Pada bulan Januari 1972, SMKKS mula ditadbir oleh pengetua yang kedua iaitu En.Mohd Alim b. Ibrahim yang berkhidmat disekolah ini sehingga Disember1979. Beliau digantikan oleh En.Mohd Hanif b. Taif, iaitu pengetua yang ketiga berkhidmat dari Januari 1982 hingga April 1982. SMKKS terus berkembang maju dan dipermodenkan atas inisiatif kerajaan yang memberi status sekolah bantuan penuh kerajaan. serentak dengan itu juga, tiga blok baru iaitu B,C dan D telah didirikan.Walaubagaimanapun, mulai tahun 1982 juga para pelajar dari Felda Gedangsa tidak lagi bersekolah di SMKKS kerana mereka mempunyai sekolah sendiri di Felda Gedangsa.

Kecemerlangan sekolah ini telah diteruskan oleh pengetua selepas itu iaitu En. Bajury b. Markum iaitu pengetua yang keempat (April 1982 hingga April 1985), pengetua yang kelima pula ialah En. Suhaimi b. Razikin (April 1985 hingga April 1987), pengetua yang keenam iaitu En. Sukor b. Ali (November 1987 hingga April 1993), pengetua yang ketujuh iaitu En.Mohd Dali b. Mat (April 1994 hingga Disember 1995), pengetua yang kelapan iaitu YM Raja Mohammad b. Raja Abdullah (20 Disember 1995 hingga 31 Disember 2000), pengetua yang kesembilan iaitu Tuan Hj. Shafie b. Syed Mansor (1 Januari 2001 hingga 16 Ogos 2001), pengetua yang kesepuluh iaitu  En. Ikhsan b. Othman (21 September 2001 hingga 30 Mac 2002), pengetua yang ke 11 iaitu Tuan Hj. Wan Tahir b. Wan Ibrahim (16 April 2003 hingga April 2007), pengetua yang ke 12 iaitu Tuan Hj. Mohammed Saballah b. Taib (16 Mei 2007 hingga 15 Februari 2009), seterusnya  ialah En. Adam Sukarno b. Hj Mansordari dari 16 Febuari 2009 sehingga ke hari ini...

Sumber : http://smkkampongsoeharto.blogspot.com/p/sejarah-sekolah.html

Monday, 23 February 2015

AHLI JAWATANKUASA SEMENSO 85/89 SESI 2015/2016

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa setelah dipilih pada 21hb Febuari 2015:-

-PENAUNG GRUP SEMENSO 85/89
En. Asri b. Tun Musa

-PENGERUSI 
En. Yusni b. Melan

-NAIB PENGERUSI
En. Rizal b. Salleh

-SETIAUSAHA
Pn. Nasrifah bt. Sukarni

-PEMBANTU SETIAUSAHA
Cik Suhana bt. Sukimin

-BENDAHARI
Pn. Zamzila bt. Hassan

AJK KECIL
Pn. Zarina bt. Moin  Pn. Noraini bt. Itam  Pn. Saridah bt. Ismail  En. Mazlan b. Marjan
En. Rohaizat b. Muhammad  Pn. Wan Zurotoaini bt. Wan Salleh


Sunday, 22 February 2015

Amal Rosak Kerana Riak

ALLAH berfirman, “Sesiapa yang ingin bertemu Allah, hendaklah dia beramal soleh. Dan dalam amal solehnya itu janganlah dia mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun." (Surah al-Kahfi 18 :110)
Beribadat dan beramal soleh merupakan tuntutan daripada Allah kepada hamba-hambanya, kerana tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini adalah kerana ingin beribadat kepada Allah. Tetapi syarat supaya sesuatu amalan itu diterima ialah tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
Amal ibadat akan berubah menjadi cacat sekiranya dicemari dengan dua jenis virus iaitu sifat riak dan sum‘ah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi: “Aku paling tidak memerlukan sesuatu. Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang dicampuri dengan perbuatan syirik kepada-Ku, maka Aku tiada kaitan dengannya dan membiarkannya dengan orang yang dia sekutukan." (Riwayat Muslim)
Jenis riak
Apakah itu riak? Istilah riak berasal daripada kata akar “lihat". Orang yang riak ingin “memperlihatkan" ibadatnya kepada orang untuk mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan. Dalam erti kata lain, riak ialah sifat “menduakan" Allah dalam melakukan kebaikan.
Imam al-Ghazali berkata: " Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."
Imam Habib Abdullah al-Haddad pula berkata: “Riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat."
Menurut pandangan ulama, berikut merupakan dua jenis riak:
1- Riak Akbar (Riak Besar) : Seseorang yang melakukan ibadat semata-mata untuk mendapat sanjungan manusia dan bukanlah untuk mendapat keredaan Allah. Riak jenis ini adalah berpaling secara keseluruhan daripada Allah. Riak beginilah yang paling buruk, jika tidak kerana manusia, maka dia tidak akan beramal.
2- Riak Asgar (Riak Kecil) : Tujuan dia melakukan ibadat bercampur-campur antara tujuan mendapat keredaan Allah dan juga penghargaan manusia. Riak jenis ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana masih mengharap keredaan Allah tetapi pada masa yang sama mengharap juga penghargaan dari manusia.
Risiko penyakit riak
Ramai yang tidak menyedari bahawa riak hakikatnya cuba menipu Allah. Percubaan menipu Allah tidak akan berjaya bahkan mengundang bahaya yang paling besar. Malahan al-Quran dan hadis banyak sekali memuatkan ancaman riak. Riak bukan sekadar dosa kecil, bahkan termasuk dalam dosa-dosa besar. Berikut antara bahaya riak yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis:
n Riyak lebih bahaya dari fitnah dajal. Rasulullah bersabda: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih aku takutkan terhadap kalian daripada kedatangan dajal?" “Bahkan, kami mahu!", jawab para sahabat. Maka Rasulullah bersabda, “Syirik khafi; iaitu seseorang solat, lalu menghiasi solat, kerana seseorang yang memperhatikan solatnya." (Riwayat Ibnu Majah)
n Amal tidak akan berkesan. Allah berfirman: “Maka celakalah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya, orang yang berbuat riak dan mencegah iaitu menolong dengan barang yang berguna." (Surah al-Ma‘un 107: 4-7)
n Riyak akan menghapus dan membatalkan amalan. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan menyebut-nyebut dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah, Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang kafir." (Surah al-Baqarah : 264)
Penawar Riak
Jadi bagaimana mahu mengatasi rasa riak ini? Adakah orang yang riak ini akan berterusan tenggelam dan syok sendiri dengan amalannya yang tidak membuahkan hasil? Sudah tentu sekali tidak. Maka riak dapat ditangani sekiranya mereka beringat bahawa apa yang dicari pada manusia akan punah, dan yang kekal hanyalah Allah. Firman Allah: “Apa yang ada di sisi Allah jua yang kekal." (Surah an-Nahl :96)
Yakinilah bahawa riak hanya akan membawa kepada kehinaan, dan amalan orang yang riak ini langsung tidak akan mendapat ganjaran di akhirat. Tanya diri kita, mahukah kita berpenat lelah mengerjakan segala amal kebajikan di atas dunia ini, lantas di akhirat kita hanya menjadi seorang yang papa kedana? Fikirkan juga betapa riak akan menghapuskan pahala dan menambah dosa. Pada hari kiamat kelak Allah akan berfirman: " Pergilah kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan untuknya. Tengoklah adakah pahala pada mereka? " (Riwayat Ahmad)
Apabila terdetik sahaja rasa riak, segeralah ingat kepada Allah dan berlindung daripada godaan syaitan. Hadapkan hati dan wajah kepada Allah dengan mengenangkan segala sifat keampunan dan kasih sayang dari-Nya, dan bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia sekiranya kita beribadat hanya mengharap pujian manusia....

Kredit to Utara Online: Icuk 


HARI PERSIAPAN MINGGU LEPAK SANTAI

1. Wak Lan termenung memmikirkan perihal anak buah..sapkok lu....
2. Wak Lan dan mama sau, adil tak? mcm tak je kan...


3. Korang nk tau sape tulis cawan korang ni la artworks dua org artis kita agagagaga..